Tuesday, March 30, 2010

PERANCANGAN TAHUNAN 2010

PENDAHULUAN
Bilik Seni merupakan satu unit penting dalam organisasi sekolah. Ini adalah kerana unit ini memainkan peranan penting dalam menguruskan proses pengajaran dan pembelajaran matapelajaran Pendidikan Seni Visualdan program yang berkaitan dengan seni. Oleh itu, Bilik Seni sentiasa berusaha memberikan perkhidmatan yang cemerlang kepada seluruh warga Sekolah Jerantut Jaya. Bagi meralisasikan dan melicinkan perkhidmatan Bilik Seni telah membentuk satu organisasi bagi sesi 2010. ia terdiri daripada Ketua Panatia seni, setiausaha dan guru-guru yang mengajar matapelajaran Pendidikan Seni Visual.

RASIONAL
Pengurusan Bilik Seni yang terancang dan bersistematik dapat menanam nilai-nilai murni dan estetika dalam penghasilan sesebuah karya seni kepada murid dan semua warga sekolah. Pengurusan dan aktiviti yang dijalankan dapat memupuk minat murid dan warga sekolah untuk sama-sama melibatkan diri dalam program yang dirancang. Ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada murid dan warga sekolah tentang kepentingan dan ilmu pengetahuan di dalam bidang seni visual.

OBJEKTIF
Objektif Bilik Seni ialah :

· Dapat meningkatkan bakat, minat dan kemahiran murid dalam menghasilkan karya.

· melibatkan diri dalam kegiatan seni visual secara aktif, kritis, kreatif

dan meyeronokkan,

· menajamkan daya persepsi dan imaginasi melalui pancaindera,

· mengembangkan kemahiran asas dalam pelbagai kegiatan seni

visual,

STRATEGI
Strategi untuk pengurusan UPP sekolah yang cemerlang ialah:
a. Pengurusan yang cekap
b. Kerjasama diantara AJK unit dengan guru-guru Pendidikan Seni Visual
d. Mewujudkan sistem fail yang kemas dan teratur
f. Membimbing murid dalam proses menghasilkan karya.

MATLAMAT

Untuk melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual..

PIAGAM PELANGGAN ( 5M )

· Menyediakan jadual pelaksanaan dan perancangan Pendidikan Seni Visual mengikut

perancangan sekolah.

· Memastikan setiap aktiviti dan program seni serta kursus yang dirancang dilaksanakan

dengan berkesan.

· Memperkembangkan amalan terbaik dalam proses pengajaran dan pembelajaran melalui usaha kolaboratif dengan pihak sekolah serta menyediakan program yang memberi manfaat.

· Memastikan aktiviti pendidikan seni visual dilaksanakan dengan berkesan.

· Memberi pendedahan kepada murid tentang kerja-kerja seni yang dapat menarik minat murid dan guru untuk berkarya.


Jadual OPERASI

BILIK Seni 2010

Bilik Seni Dibuka Pada Hari Persekolahan

Bermula Jam 8.00 a.m Hingga 12.45 p.m

JAWATANKUASA BILIK SENI

SESI 2010

PENGERUSI : PUAN RODZIAH BINTI MOHD RAZALI A.M.P.,

NAIB PENGERUSI : ENCIK MAZLAN BIN ISMAIL

KETUA PANATIA/ BILIK SENI : ENCIK MOHD BAZLI BIN AWANG

SETIAUSAHA : PN. HUZAIMAH BT. MASRAN

AJK : SEMUA GURU PENDIDIKAN SENI VISUAL

No comments:

Post a Comment